Rumah Selangorku
Rumah Selangorku adalah program pemilikan perumahan negeri Selangor yang dirangka khusus untuk membantu masyarakat memiliki rumah mampu milik dengan mudah dan tersasar.
Hasil kerjasama erat Lembaga Perumahan & Hartanah Negeri Selangor dengan pemaju-pemaju yang bertauliah, maka perumahan mampu milik ini dapat ditawarkan dengan harga bersubsidi dan kualiti yang terjamin.
Ini bertujuan mendokong hasrat dasar program ini iaitu
“Satu Keluarga, Satu Kediaman Sempurna”
Kelebihan Memohon Skim Ini


Harga Bersubsidi
Rumah berkualiti dengan harga mampu milik.


Lokasi Strategik
Projek terletak di kawasan mudah akses dengan kemudahan lengkap.


Kualiti Terjamin
Dibangunkan oleh pemaju bertauliah dengan standard pembinaan yang tinggi.


Jaminan Kerajaan
Semua projek perumahan adalah dibawah perlindungan HDA.
Senarai Projek Selangorku Terkini


Rumah Selangorku Setia Alam
Apartment | RM285,000 | 1,048sqft | 4Bilik Tidur | 3Tandas | Lokasi: Setia Alam, Shah Alam


Rumah Selangorku Cyberjaya
Apartment | RM250,000 | 1,100sqft | 3Bilik Tidur | 2Tandas | Lokasi: Cyberjaya


Selangorku Lagenda Ardea
Teres 1 Tingkat | RM250,000 | 20’x65′ | 3Bilik | 2Tandas | Lokasi: Bernam Jaya, Kuala Kubu Bharu


Selangorku Puncak Alam
Apartment | RM250,000 | 1,022sqft | 3Bilik Tidur | 3Tandas | Lokasi: Puncak Alam


Rumah Teres Shah Alam (S29)
Teres 2 Tingkat | RM650,000 | 20′ x 80′ | 4Bilik Tidur | 4 Tandas | Lokasi: Sek 29, Shah Alam


Rumah Teres Kg Lombong
Teres 2 Tingkat | RM558,000 | 20′ x 72′ | 4Bilik Tidur | 4 Tandas | Lokasi: Kg Lombong, Shah Alam


Rumah Teres Jalan Kebun
Teres 2 Tingkat | RM515,000 | 20′ x 65’–67′ | 4Bilik Tidur | 3 Tandas | Lokasi: Jalan Kebun, Sek 30 Shah Alam


Kita Sejati @ Cybersouth
Apartment | RM273,000 | 850sqft | 3 Bilik Tidur | 2 Tandas | Lokasi: Cybersouth, Dengkil


Rumah Selangorku Bangi
Apartment | RM262,000 | 1,045kps | 3Bilik Tidur | 3 Tandas | Lokasi: Alam Sari, Bangi


Rumah Selangorku Semenyih
Apartment | RM262,000 | 1,045kps | 3Bilik Tidur | 3 Tandas | Lokasi: Eco Majestic, Semenyih


Kondo Vista Bayu @ Kajang
Kondominium | RM346,000 | 1,387sqft | 3Bilik Tidur | 2 Tandas | Lokasi: Sungai Ramal Kajang


Rumah Teres Kota Warisan
Teres 1 Tingkat | RM450,000 | 22’x70′ | 4Bilik | 2Tandas | Lokasi: Kota Warisan, Salak Tinggi


Rumah Teres Intan Baiduri
Teres 1 Tingkat | RM389,000 | 20’x75′ | 4Bilik | 2Tandas | Lokasi: Bandar Baru Salak Tinggi


Rumah Penjawat Awam Myra Dahlia
Kondo | RM299,800 | 900sqft | 3 Bilik Tidur | 2 Tandas | Lokasi: Bandar Baru Salak Tinggi


Rumah Selangorku Puchong
Townhouse | RM295,000 | 22′ x 65′ | 3Bilik Tidur | 2 Tandas | Lokasi: Pulau Meranti, Puchong


Rumah Selangorku Subang
Apartment | RM290,000 | 1,090kps | 3Bilik Tidur | 2 Tandas | Lokasi: USJ 2, Subang Jaya


Selangorku Idaman Cahaya
Apartment | RM250,000 | 1,022sqft | 3Bilik Tidur | 3Tandas | Lokasi: Shah Alam


RSKU Kuala Kubu Bharu
Teres 2 Tingkat | RM250,000 | 20′ x 60′ | 3Bilik Tidur | 2Tandas | Lokasi: Kuala Kubu Bharu


Selangorku Idaman Sari
Apartment | RM250,000 | 1022sqft | 3Bilik Tidur | 3Tandas | Lokasi: Pulau Meranti, Puchong


Selangorku Idaman BSP
Apartment | RM250,000 | 1022sqft | 3Bilik Tidur | 3Tandas | Lokasi: Bandar Saujana Putra


Selangorku Dua Meranti
Apartment | RM249,000 | 900sqft | 3Bilik Tidur | 2Tandas | Lokasi: Pulau Meranti, Puchong


Selangorku Idaman Melur
Apartment | RM250,000 | 1,022sqft | 3Bilik Tidur | 3Tandas | Lokasi: Cybersouth
Pakej Istimewa Lengkap Berperabot
Terdapat beberapa pemaju menawarkan perabot tersedia di dalam pakej jualan mereka. Antara perabot yang ditawarkan adalah seperti berikut.


- Penyaman Udara
- Water Heater
- Set Kabinet Dapur
- Peti Ais
- Mesin Basuh
- Set Rak Televisyen
- Televisyen
- Set Almari Pakaian Pasang Siap


Pemaju juga menawarkan skim pemilikan rumah mudah dengan memberi PERCUMA
- Zero Deposit & Tanpa Downpayment
- Yuran Guaman Perjanjian Jual Beli
- Yuran Guaman Pinjaman Bank
- Setem Duti
*tertakluk kepada pakej pemaju tertentu. Sila rujuk senarai projek Rumah Selangorku.
Rumah Selangorku: Syarat Kelayakan


Suami & isteri warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas. Status bujang LAYAK.


Bekerja atau menetap dan bermastautin melebihi 5 tahun di dalam negeri Selangor. terma & syarat


Pendapatan isi rumah keluarga tidak melebihi rm14,500 sebulan.


Suami & isteri belum atau memiliki sekurang- kurangnya sebuah rumah dalam negeri Selangor.
Rumah Selangorku: Panduan Lengkap Mohon
Ingin tahu cara mohon skim rumah mampu milik ini? Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ikuti untuk memastikan permohonan berjalan lancar.
Semak Kelayakan
Daftar Nama & Dokumen
Isi Borang Permohonan
Lawat Galeri Pemaju
Mohon Pembiayaan
Pemilihan Unit Kediaman
Surat Tawaran LPHS
Sign Perjanjian Jual Beli
Serah Kunci
Rumah Selangorku: Semak Status Permohonan
Bagi pemohon yang telah siap mendaftar di portal RSKU LPHS, langkah penting seterusnya ialah membuat semakan status permohonan.
Semakan ini memastikan anda mengetahui sama ada permohonan telah diterima, sedang diproses, atau telah diluluskan.
Cara Semak Permohonan
Layari portal rasmi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
Masukkan nombor MyKad serta butiran yang diminta.
Klik pada bahagian “Semak Permohonan” untuk melihat status terkini.
DRAF
SENARAI MENUNGGU
TAWARAN BERSYARAT
AKAUN DIBEKUKAN


Hubungi pemaju projek pilihan anda untuk membantu dalam permohonan dan konsultasi secara PERCUMA.
Soalan Lazim
Adakah bujang boleh mohon?
Ya, bujang berumur 18 tahun ke atas layak memohon.
Bagaimana ingin semak permohonan?
Jika anda sudah membuat permohonan kurang 2 tahun, anda boleh menyemak di dalam laman web rasmi pendaftaran LPHS.
Jika lebih 2 tahun, dan masih tiada jawapan, akaun anda dalam LPHS terbatal secara automatik. Sila daftar kembali.
Saya bukan orang Selangor dan memegang kad pengenalan negeri lain. Masih layak mohon?
Ya, anda layak mohon.
Sekarang menetap di luar Selangor, adakah ikut syarat rumah selangorku?
Ya, layak. Permohonan rumah selangorku terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
Saya tinggal/ bekerja di Selangor kurang 2 tahun. Layakkan saya?
Ya layak. Hubungi terus pemaju untuk panduan.
Apa itu kuota Pemaju?
Kuota pemaju adalah pemohon yang mendaftar terus dengan pemaju. Permohonan secara online dan fizikal akan dilakukan.
Apa kelebihan mohon RSKU terus pemaju?
Anda akan terus dapat lokasi rumah selangorku yang dikehendaki, bukan diberikan secara rambang.
Apakah dokumen permohonan yang diperlukan?
Senarai dokumen adalah seperti berikut;
- Borang permohonan rumah selangorku.
- Kad pengenalan pemohon dan pasangan.
- Slip gaji pemohon dan pasangan.
- Surat nikah kahwin.
- Surat sumpah (bujang/ tidak bekerja/ bekerja sendiri)
- Penyata KWSP terkini.
- Sejarah pengeluaran KWSP.
- Laporan CCRIS pemohon dan pasangan.
Cara login LPHS?
Anda perlu ke laman web rasmi LPHS dan masukkan no kad pengenalan dan kata laluan anda.
Jika terlupa kata laluan, sila reset kembali kata laluan dan kata laluan baru akan dihantar ke email anda register.
















